KOTA KINABALU: Tarikh 28 Febuari 2012 akan terus diingati oleh seluruh penduduk khasnya penduduk Pulau Gaya dan Pulau Sepanggar. Kesejahteraan kampung selama ini bergelumang dengan sampah kini terubat. Apa tidaknya Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengagihkan sebanyak 400 buah tong sampah di empat kampung iaitu Kg Lok Utai, Kg Kasuapan, Kg Gaya dan Kg Pulau Sepanggar. Majlis telah dilancarkan oleh Datuk Abidin Madingkir, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu dengan diiringi oleh Datuk Dr Marcus Mojingoh, Ahli Parlimen P173 Putatan bersama-sama dengan agensi kerajaan.
Konsep Micro Enterprise yang diperkenalkan berteraskan penjagaan kebersihan kampung adalah tanggungjawab jawatankuasa Micro Enterprise. Antara peranan jawatankuasa ini ialah:
- Mewujudkan sistem pembuangan sampah dari rumah
- Mengutip sampah dari rumah/blok untuk dilupus
- Memantau dan menguatkuasakan sistem yang dipersetujui
- Mendidik penduduk kampung mengenai kebersihan
- Sentiasa menghubungi DBKK khasnya berkaitan dengan kebersihan
- Penganjuran gotong-royong