ikrar gemilang dbkk.mp3

Friday, 9 March 2012

Kebersihan Tanggungjawab Bersama


Hari-hari kita mendengar mengenai kempen kebersihan tidak kira di dada akhbar, kaca tv, mahupun di corong radio. Masing-masing dengan cara yang tersendiri untuk menerima mesej kebersihan ini. Tetapi benarkah mereka mendengar seruan itu atau kempen itu juga sama sahaja seperti mendengar hiburan pada mereka? Jika benar, maka tidak hairan lah masih terdapat sampah bergelimpangan di jalan-jalan raya, taman rekreasi, atau di mana sahaja. Demi mengatasi kekurangan pada mesej yang hendak disampaikan itu, bermacam-macam cara telah dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu DBKK) seperti Kempen Anti Kutu Sampah, City Friend, Koordinator Bandaraya, Jawatankuasa Micro Enterprise, Gotong-royong Perdana dan sebagainya. Jika hendak disebutkan di sini memang sudah terlalu banyak sekali. Jadi adakah pembuangan sampah di merata tempat oleh masyarakat disebabkan kempen kebersihan yang kurang? Mungkin benar tetapi kesalahan bukan terletak pada kempen yang kurang tetapi terletak pada individu itu sendiri.
Kewajipan menjaga kebersihan alam sekitar adalah terletak sepenuhnya di tangan kita. Sudah tiba masanya setiap anggota masyarakat membuang sikap ‘pa sia peduli' dalam diri masing-masing untuk demi melindungi dunia daripada melakukan pemusnahan terhadap alam sekitar secara berterusan. Ia merupakan tugas dan kewajipan akhlak kita di muka bumi ini untuk menjaga dan memelihara alam sekitar kita sebagaimana ia telah memberi pelbagai manfaat kepada kita berabad lamanya.


No comments:

Post a Comment