ikrar gemilang dbkk.mp3

Wednesday, 14 March 2012

Edaran Notis kebersihan Kg Sembulan pada 15 Mac 2012

Taklimat ringkas oleh En Robert Lipon, Pengarah Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar
dari kiri: Zephirinus, Jaikob, Jaraiman, Angela
Jawatankuasa Micro Enterprise sedang ditemuramah oleh wartawan

Edaran notis kepada penduduk Kampung Sembulan
Pemberian notis turut disertai oleh Penguatkuasa DBKK
Kawasan persekitaran Kg Sembulan
Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
Penduduk bertungkus lumus membersihkan kawasan persekitaran


Lawatan ke Pusat Kompos Langkon, Kudat pada 16hb Dis 2010

Gambar kenangan di hadapan longgokan baja kompos yang sudah siap

Lawatan sambil belajar ke Pusat Kompos Langkon, Kudat yang lalu diketuai oleh En Robert Lipon, Pengarah Jab Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar bersama rombongan seramai 30 orang telah bertolak seawal jam 7.00 pagi. Ketibaan rombongan pada jam 10.30 pagi telah disambut oleh Mr.Wayne. Taklimat ringkas oleh beliau berhubung baja organik tidak mengeluarkan bau, bersih dari kotoran maupun serangga. Baja yang terhasil dari kotoran cacing ini sangat baik untuk tanaman sayuran, buah-buahan dan tanaman hiasan. Ia malahan  merupakan baja organik yang mesra alam. Baja yang sebenarnya adalah kotoran cacing yang berbentuk butiran, berserat dan berwarna kehitaman.Kebaikan kegunaan baja organik kotoran cacing adalah baja ini dapat meneutralkan lebihan asid tanah dan menjadikan tanah lebih gembur.
Untuk maklumat lanjut mengenai penghasilan baja kompos atau ingin membeli baja kompos, sila hubungi :
Tel: (6) 088 230 718
Tel: (6) 088 240 718
Fax: (6) 088 231 718
E-mail: waynetech@waynetech.my
Website: www.waynetech.my

Tuesday, 13 March 2012

Lawatan tapak sehari sebelum Pelancaran Micro Enterprise Pulau Gaya dan Pulau Sepanggar pada 27 Feb 2012 yang lalu

Rombongan yang diketuai oleh En Benedict tiba di Kg Kasuapan, Pulau Gaya

dari kiri: En Richard Moligan bersama En Jaraiman Abd Manap
Gambar kenangan rombongan dari DBKK bersama kontraktor Pembersihan Pulau Gaya dan Jawatankuasa Micro Enterprise


Persiapan terakhir sebelum acara
En Benedict berbincang berhubung program esok
En Benedict memberi taklimat ringkas kepada Jawatankuasa Micro Enterprise
Lawatan di Kg Kasuapan, Pulau Gaya




Program Ke Arah Kg Sembulan 5K

Program Ke arah Kg Sembulan 5K akan dirasmikan oleh Datuk Abidin Madingkir,Mayor Bandaraya Kota Kinabalu anjuran Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar pada 17 Mac 2012 (Sabtu) jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Muhibbah Sembulan. Antara program yang akan dijalankan Perjalanan Kesedaran, Majlis Pelancaran Micro Enterprise, Pelantikan Pengusaha Pusat Belian Kitar Semula, Pengiktirafan Sekolah Tanpa Sampah, Pertandingan Mengutip Sampah Terbanyak dan cabutan bertuah. Sehubungan dengan itu orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis pada hari tersebut. Jumpa di sana!

Monday, 12 March 2012

Pertandingan Futsal JKPB

 


Pertandingan Futsal JKPB pada 28 Mac ini akan diadakan di Suria Futsal, Jesselton Point.Format perlawanan berdasarkan format FIFA. Tempoh perlawanan yang diperuntukkan adalah selama 1 jam. Peserta diingatkan supaya memakai pakaian futsal yang lengkap.
Senarai Pasukan yang bertanding:
Team Chelsea - Tuan Robert Lipon (Capt)
Team Manchester United - Tuan Benedict Oliver Lidadun (Capt)
Team Liverpool - Tuan Leong Tze Fui (Capt)
Team Spurs - Tuan Danny Kok (Capt)


Saturday, 10 March 2012

Gotong-royong Pembersihan Jalanraya

Gotong-royong sedang dijalankan
Seperti yang dijadualkan Gotong royong pembersihan jalanraya telah berjalan lancar pada  hari Sabtu,10 Mac 2012, bermula jam 8.00 pagi dengan disertai dari unit zon masing-masing yang terdiri daripada En Rahim Aman/Pengurus Zon 1 dan 4 bersama anggota, En Edward Morris/Pengurus Zon 2 dan 5 bersama unit dan En Jaraiman Hj Abd Manap/Pengurus Zon 3 dan 6 bersama anggota.



Transformasi Pekan Menggatal 5K..

Pekan Menggatal bakal menjadi pekan pertama sebagai pekan melalui konsep 5K (Kebersihan, Keindahan, Keselamatan, Keteraturan dan Kesejahteraan) di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu. Menurut mayor DBKK, bagi mencapai misi DBKK dalam mentransformasikan ke arah Pekan Menggatal 5K, pelbagai tindakan telah dirancang oleh DBKK termasuklah peningkatan tahap kebersihan dan keteraturan, pengindahan landskap dan operasi berterusan ke atas kutu-kutu sampah. Pekan Menggatal telah dipilih sebagai tempat pelancaran program 5K disebabkan lokasi kawasannya yang berdekatan dengan pusat bandaraya dan pemilihan ini juga adalah berdasarkan keperluan mempertingkatkan lagi tahap kebersihan, keindahan dan keteraturan di kawasan-kawasan luar bandaraya khasnya di Menggatal yang masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Apa yang penting adalah kerjasama dari semua penduduk Pekan Menggatal dan pihak DBKK demi merealisasikan Pekan Menggatal 5K dengan jayanya.