Pekan Menggatal bakal menjadi pekan pertama
sebagai pekan melalui konsep 5K (Kebersihan, Keindahan, Keselamatan,
Keteraturan dan Kesejahteraan) di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu.
Menurut mayor DBKK, bagi mencapai misi DBKK dalam mentransformasikan ke
arah Pekan Menggatal 5K, pelbagai tindakan telah dirancang oleh DBKK
termasuklah peningkatan tahap kebersihan dan keteraturan, pengindahan
landskap dan operasi berterusan ke atas kutu-kutu sampah. Pekan Menggatal telah dipilih sebagai tempat pelancaran program 5K
disebabkan lokasi kawasannya yang berdekatan dengan pusat bandaraya dan
pemilihan ini juga adalah berdasarkan keperluan mempertingkatkan lagi
tahap kebersihan, keindahan dan keteraturan di kawasan-kawasan luar
bandaraya khasnya di Menggatal yang masih belum mencapai tahap yang
memuaskan. Apa yang penting adalah kerjasama dari semua penduduk Pekan Menggatal dan pihak DBKK demi merealisasikan Pekan Menggatal 5K dengan jayanya.
No comments:
Post a Comment